Seorang juruterbang yang menerbangkan helikopter untuk mengambil pesanan nasi ganja di Padang Ipoh Julai tahun lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin atas tuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan.<br /><br />Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53 tahun, yang juga pengarah sebuah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Jesseca Daimis.
